Friday, 5 August 2011

HUJAN...


Hujan nie ibarat masalah dalam hidup kita..bagi kita bila hujan semua benda kita xboleh buat..terpaksa duduk dalam rumah dan tunggu hujan berhenti baru kita boleh buat kerja yg tertangguh..begitu juga dengan masalah..bila adanya masalah dalam hidup kita..semua benda kita buat semuanya xjadi..kita rase serabut sangat dan mulalah buat benda2 pelik..kita xsedar..sebenarnya hujan itu rahmat termasuklah masalah kita..bila kita dapat selesaikan masalah kita..kita rasa kitalah org paling gembira dlm dunia nie..seakan rahmat yang hadir dalam hidup nie...

Kita selalu salahkan takdir bila di timpa masalah ataupun musibah..kita rasa hidup kita kelam..gelap dan akan timbul segala persoalan:

Kenapa aku yang selalu kena??
Kenapa aku di uji sampai ke tahap ini??
Kenapa bukan org lain??Kenapa aku??

Terlalu banyak KENAPA..kita rasa seolah2 Allah S.W.T tue tidak adil sedangkan Allah itu Maha Adil..Maha Penyayang..Maha Pengasih..sebenarnya kita x tau..Allah nak uji kita..nak tengok sejauh mane keimanan kita..kesabaran kita untuk hadapi sesuatu masalah..kita lupa yg ujian itu sebenarnya rahmat buat kita..di sebalik ujian itu ada kasih sayang yg Allah berikan..

Teringat aku kisah seekor kuda yg jatuh ke dalam perigi...

"Seekor kuda jatuh ke dalam perigi..org kg tengok dan tau kuda tue xde harapan untuk diselamatkan..untuk elakkan kuda tue rasa terseksa org kg buang tanah utk timbus perigi tue dan tanam kuda tersebut..tapi lama2 tanah tue di timbus..kuda tue gunakan tanah tue untuk injak naik lagi tinggi sampai lah kuda tue berjaya keluar dari perigi tersebut..kuda tue gunakan apa yg boleh membunuhnya untuk terus hidup.."

Melalui kisah di atas kita boleh ambil iktibar..sebenarnya masalah yang kita hadapi itu mungkin ada terselit kebaikannya dalam hidup kita..mungkin masalah itu akan jadi batu loncatan buat kita..siapa tahu..x ada yg mustahil dalam hidup nie..

Kita kena selalu ingat..Allah x akan uji umat-Nya sekiranya umat-Nya x mampu nak hadapi..

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu..yang mencipta segalanya..yang menimpakan uijan..yang menjadikan sakit hatimu..yang membuat keinginanmu terhalang..serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya..."

Di ambil dari iLuvislam.com

p/s : Ibarat hujan..Allah turunkan hujan yg lebat sgt sekali dengan guruh dan kilat..tapi kita anggap hujan itu menyusahkan..sebenarnya di sebalik hujan itu akan timbul pelangi yg teramat indah Allah hadiahkan pada kita tanpa kita sedari dan kita akan tersenyum melihat keindahannya..=)




No comments:

Post a Comment