Sunday, 21 August 2011

There are no perfect fathers...

Assalammualaikum semua.....

Di malam yg mulia ini..aku nak berkongsi video dgn korg psl AYAH...mungkin ada antara korg yg da penah tgk video nie rite...video nie mengisahkan seorg ayah yg xsempurna dan anak dia xdapat nak terima hakikat yg ayah dia nie x sesempurna ayah org lain....korg sure wondering..mende la aku merepek nie..sooo..korg tgk la sendiri video nie and tafsir lah sendiri....aku tgk byk kali dan byk kali gak la aku nangis...serious touching and rasa nak g cium je kaki ayah aku sbb byk sgt dosa aku dgn dia...hurmm...

Video nie psl Life Insurance 

Oh ye...ada sedikit kisah aku nak kongsikan bersama mengenai seorang lelaki yg mengadu pada Rasulullah S.A.W...

Rasulullah S.A.W pernah menitiskan air mata mendengar keluhan daripada seorang lelaki tua mengenai anaknya yg menderhaka..."Wahai Rasulullah..anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku..Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan...


"Ketika engkau masih kecil..tangan ini yang memberimu makan..."
"Engkau minum juga aku yang tuangkan..Apabila dirimu sakit aku yang menjagamu..."
"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan..Tetapi di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan..."
"Kulihat dirimu apa yang tak ku harapkan..Kau balas aku dengan kekasaran..."
"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan..."


Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu..berlinanglah air mata Rasulullah S.A.W seraya bersabda yang bermaksud:


"Kamu dan hartamu milik ayahmu..."

(Ditahrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam Al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182, Al-Baihaqi dalam Al-Sunan 16054)

Sesungguhnya kasih sayang yg paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa..anak yang soleh dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yg baik..kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yg lembut lebih berharga dari wang ringgit serta barangan berharga


Apa-apa pun..seburuk dan xsesempurna mana pun seseorang Ayah...kita kena terima mereka seadanya kerana Ayah hanya ada 1...tiada 2 mahupun 3...berbakti pada mereka selagi mereka masih ada...pada yg telah tiada..berdoalah pada mereka supaya roh mereka dicucuri rahmat...


P/s : Al-Fatihah pada Ibu atau Ayah yg telah kembali ke rahmatullah....

No comments:

Post a Comment